Friday, January 16, 2009

save your tears


hmm...dah agak lama tak post any entry kat sini.
maybe aku akan terus menitip ilhamku disini.
kpd sahabat, teruskan menyokong.

Sunday, October 12, 2008

another sigh


bibir mengukir senyum walau emosi tak menentu.
mata bundar girang biar hati rawan didalam.
langkah tak menunjuk tempang walau kaki berdenyut ngilu.
rentak sentiasa riang biar irama bertempo sedih.
tawa hilai hanya luaran,
yang tak nampak, tak siapa tahu.

Saturday, September 27, 2008

raya lagi


sekejap je rasanya puasa. serius, dah nak raya. dah nak pegi pon Ramadan. tak tau la apa pencapaian Ramadan aku kali ni. tp aku dah cuba yg terbaik, selebihnya terserah la padaNya.
mood raya taun ni tak terasa sgt. sbb aku kena raya kat ofis. lepas raya baru blk kg. nak buat lagu mana, dah aku cari rezeki. nak melawan kan, kena halau plk. bukan senang nak cari keje sekarang. hmmm..takpela, i keep saying to myself, raya kan sebulan. taun lepas aku dah cuti lama. taun ni kasi la org lain plk. kekadang kita kena berkorban utk kebahagiaan org lain...cewah.
lg2 baju raya yg aku tempah tak sempat siap. hmm...taun lepas punya la jawabnya. aku ada beli semperit ngan akak kat opis aku, dah tinggal separuh. belum sempat raya pon..wahahak.

selamat hari raya buat semua. ada ke yg baca blog aku ni.

Tuesday, September 23, 2008

outing KL 2oo9o8




sabtu lepas, for the 2nd time aku sekali lg join geng Pencala. buat street photo kat area jaln masjid india. start lebih kurang pukul 4 ptg sampai la almost 11 mlm. terjah jalan masjid india, then berTT kat d'tebing and bergambar kenangan secara berkumpulan di dataran merdeka. agak penat tp berbaloi. dpt jumpa kawan yg pernah jumpa and dpt jumpa kawan yg selama ni jumpa secara maya sahaja. bila berkumpul dengan mereka yg ada minat yg sama ni, rasa teruja bertambah dan aku rasa lebih bersemangat nak explore hobi ni secara maximus optimus.

Thursday, September 11, 2008

sebuah rasa jiwaku

nak melaung kuat, aku punya suara yang kecil.
nak meneriak pendapat, takut tak diendah.
nak berdiri berceramah, bimbang dibaling telur.
biarlah aku disini, menitip rasa sebuah jiwa.